VISI DAN MISI PENGURUSAN SURAU 2013-2016
Visi
Menjadikan Surau Al-Hijrah Kota Warisan sebagai pusat kegiatan ummah menjelang 2016 dalam membangun keimanan, ketaqwaan dan beramal berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Misi
- Mewujudkan persekitaran Surau yang bersih dan ceria.
- Menjadikan Surau sebagai tempat membangun keperibadian dan jati diri ummah yang berasaskan Aqidah, Syariah dan Akhlak Islamiyah melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.
- Menjadikan Surau sebagai pusat ibadat, perkembangan ilmu dan perpaduan ummah.
- Mengurus dan mentadbir dengan amanah, telus dan berintegriti.
Motto: Surau Al-Hijrah: Berilmu, Beramal dan Berkebajikan